Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia
Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia

Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia

Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia ialah secara umumnya merupakan proses di mana kuasa politik atau pentadbiran dijalankan dengan memisahkan fungsi dan tanggungjawab antara institusi-institusi yang berbeza dalam kerajaan. Konsep ini bertujuan untuk mengelakkan dan mencegah penyalahgunaan kuasa, memastikan keseimbangan kuasa, dan mengelakkan kezaliman serta dominasi satu entiti ke atas yang lain. Pengasingan kuasa lazimnya melibatkan tiga cabang utama kerajaan iaitu Kuasa Eksekutif (pentadbiran), Kuasa Legislatif (parlimen) dan Kuasa Kehakiman.[1]Dalam konteks demokrasi di Malaysia yang turut mengamalkan Sistem Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, Kuasa Eksekutif merangkumi pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang. Contohnya jabatan perdana menteri, kabinet, dan badan-badan kerajaan yang menjalankan dasar dan peraturan negara. Manakala Kuasa Legislatif bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang dan membuat keputusan politik seperti parlimen atau badan perundangan yang terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih secara demokratik[1]. Seterusnya, Kuasa Kehakiman yang melibatkan sistem perundangan dan pengadilan yang bertanggungjawab untuk menafsirkan undang-undang dan memutuskan kes-kes undang-undang di mana melibatkan mahkamah dan hakim. Prinsip pengasingan kuasa memberi kuasa kepada setiap cabang kerajaan untuk berfungsi secara bebas dan independen (secara sendiri), dengan mekanisme imbang dan periksa-mengimbangi.